Nak Kaya Tanpa Bayar Cukai Atau Nak Kaya Dengan Cukai?

Bagi mereka yang berkerja, rata-rata merasakan bahawa membayar cukai adalah sesuatu yang agak membebankan jika tidak diurus dengan betul. Potongan Cukai Berjadual (PCB) telah ditetapkan bagi mereka yang bergaji. Kalau boleh taknak bayar cukai, lagi bagus.

Ada pula golongan kaya yang seronok membayar cukai, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang berniaga. Apabila bisnes kita membayar cukai, ia secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negara dan banyak kelebihan diberikan kepada perniagaan tersebut; sebagai contoh dapat pembiayaan daripada pihak bank bagi tujuan pembelian aset.

Berdasarkan maklumat terbaru dari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa tahun 2015 seseorang individu yang mempunyai gaji tahunan sebanyak RM34,000 dan ke atas (setelah ditolak KWSP) perlu memfailkan fail cukai pendapatan kepada LHDN.

Ini bermakna mereka yang bergaji RM2,851 keatas akan dikenakan cukai.

Namun, kerajaan prihatin terhadap beban yang ditanggung rakyat, maka mereka yang bergaji RM3,100 masih tidak dikenakan cukai.

Perlu Berusaha Lebih Gigih

Bagi golongan yang dikenakan cukai bulanan PCB, usah sedih. Cara lain adalah dengan mendapatkan pendapatan sampingan yang tidak dikenakan cukai pendapatan seperti jual beli saham (trading) di Bursa Malaysia.

Bagi golongan berniaga pula, kita boleh ambil peluang dengan membayar cukai untuk menambah aset.

Bank suka dengan orang dan perniagaan yang bayar cukai. Pada pandangan bank, mereka ini ‘orang kaya’ dan mesti mampu untuk membayar semula pinjaman yang diberi.

Mengikut tahun taksiran 2019, cukai perniagaan bagi syarikat Sendirian Berhad adalah sebanyak 24% manakala bagi Enterprise adalah 1%-30% mengikut kadar modal berbayar.

Bagi sesebuah perniagaan, pembayaran cukai hanya perlu dibuat selepas ditolak semua kos yang telah diguna untuk perniagaan tersebut.

Dengan membayar cukai sebanyak RM200 sebulan secara konsisten, maka cukai tahunan adalah sebanyak RM2,400. Bank mampu beri pinjaman sehingga RM3,500 sebulan untuk kita buat pinjaman. Tindakan bijak adalah dengan membeli aset yang boleh disewakan.

Manakala bagi seseorang pekerja yang makan gaji, cukai dikenakan terlebih dahulu (PCB). Kemudian kita boleh claim semula setiap tahun berdasarkan pelepasan/rebat yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan.

Kesimpulan, ada yang kaya dengan cukai hasil perniagaan dengan mengisytiharkan setiap perbelanjaan walaupun rugi pada tahun itu, supaya dapat dibawa ke tahun hadapan.

Jom buka fail cukai di laman web edaftar.hasil.gov.my

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Artikel: https://www.majalahlabur.com/kewangan/cukai/nak-kaya-tanpa-cukai-atau-nak-kaya-dengan-cukai/

Similar Posts

  • Tips Kurangkan Cukai LHDN

    “Biasanya, golongan yang ingkar membayar cukai bukan disebabkan tidak berkemampuan tetapi dipercayai sengaja berbuat demikian untuk menjimatkan duit dan mengaut lebih banyak keuntungan” – Dr Bahyah Baba. Mulai tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Ini adalah tips-tips untuk kurangkan cukai pendapatan (LHDN) bagi rakyat…

  • 9 Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

    Sebelum kita nak ambil tahu jenis pendapatan yang LAYAK dikenakan cukai, kita kena tahu dulu adakah kita orang yang layak dikenakan cukai? Ini ciri-cirinya: 1. Jika anda bujang dan menerima gaji melebihi RM34,001 setahun setelah ditolak KWSP (Anggaran gaji bersih sebanyak RM,2834 sebulan) 2. Sudah berkahwin, pasangan tidak bekerja namun gaji melebihi RM46,001 setahun (Anggaran gaji bersih sebanyak RM3,834 sebulan) 3. Jika menjalankan…